Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 91)

Tips Bila...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 91)

Tips Bila Terbang Di Awan Biru ( 2)

Masa berada di atas awan adalah unit masa yang SAMA macam kita berada di ofis @ rumah. Apa makna semua ini?

Kita kena jadikan semua kerja & aktiviti kita bermakna & disukai. Inilah rahsia kejayaan. Mana ada kerja semuanya mudah. Ini di luar kawalan kita. Yang boleh kita kawal minda kita iaitu bagaimana menjadikan semua aktiviti walaupun nampak kosong berisi & yang susah mudah & teruja.

Ramai orang rasa resah & tidak buat apa2 sepanjang duduk atas kapal terbang. Ini memang rugi. Rugi sangat2.

Jadi apa yang saya selalu buat bila masuk sahaja dalam pesawat? Banyak. Saya akan kenal pasti lokasi tandas, dapur, ruang lapang (untuk solat), rak majalah & surat khabar, sususan kerusi & kabin.

Bila saya ingin letakkan beg saya atas kompartment, saya kena pastikan big lap top saya tidak tertindih. Kalau saya tidak bernasib baik tidak dapat tempat duduk aisle, saya akan ambil & letak lap top, bukau bacaan & buku nota saya awal2 di hadapan saya. Bila kapalterbang dah berlepas ke awan biru, saya tak perlu keluar & mengambil alat & perkakas saya. Semua dah siap. Jimat masa. Saya juga tidak menganggu penumpang di sebelah saya.

Selain membaca, menulis & mencatit secara intensif, aktiviti minda yang paling yang suka ialah berkhayal & menjahit sebuah impian. Dalam impian ada doa. Banyak yang saya khayalkan. Buku. Projek. Diari. Program. Networking. Bajet. Pasaran baru. Hobi & cita2 baru. Indah sangat berkhayal & berimpian di awan biru 40,000 kaki dari paras laut.

Saya tak sabar2 nak tunggu berkhayal. Bila kabin & pesawat gelap & tenang, saya terus menolak gelombang elektrik otak saya menerokai alam shahadah & alam malakut. Menarik sunguh. Banyak aktiviti saya di atas tanah sebenarnya bermula dari awan tinggi. Bila mendarat saja, ramai penumpang rasa penat & letih. Saya pula lebih bersemangat untuk membumikan apa sahaja benih yang di tanam di angkasa. Ini tips bila terbang yang paling wow. Kualiti berkhayal di udara tidak sama di atas tanah yang bersimpang siur. Kalau tidak cuba tidak tahu.

Antara aktiviti menarik atas tanah yang ditanam benihnya di awan ialah seminar Amanie di Muscat, Oman (foto).

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts